Tuntutan Pembunuhan beramai-ramai di Munich

Dalam surat berbahasa Inggeris, Black September menuntut :

  1. Pembebasan 234 pejuang yang ditahan regim tentera Israel. Senarai nama 234 pejuang turut disertakan.
  2. Pembebasan ahli kumpulan Baader-Meinhof, Ulrike Meinhof dan Andreas Baader yang telah ditangkap pada bulan Julai 1972 oleh polis Jerman.
  3. Sediakan 3 pesawat untuk membawa mereka ke 'tempat yang aman' iaitu Cairo, Mesir.
  4. Setelah tuntutan dipenuhi pada jam 9.00 pagi Jerman, barulah para atlet Israel dilepaskan. Jika tidak atlet Israel akan ditembak satu persatu.

Menteri Bavaria yang juga pengerusi Perkampungan Olimpiade menawarkan diri sebagai ganti tetapi tawaran ditolak. Cancelor Jerman Barat Willy Brandt menghubungi Perdana Menteri Israel Golda Meir melalui telefon. Israel enggan memenuhi tuntutan tersebut. Jerman sendiri sedia membebaskan Baader-Meinhof, Ulrike Meinhof dan Andreas Baader.

Akhirnya 8 ahli Black September dan 8 tawanan di bawa dengan bas Volkswagen ke lapangan terbang Furstenfeldbruck menuju Jet 727 yang menunggu. Helikopter diletupkan oleh Black September dan membunuh semua atlet Israel.